Wednesday, January 9, 2013

Hujann

Oh hujan, kau basuhlah segala duka
segala noda dan dusta
siramilah pohon pohon hayat
biar rendang dengan iman
di bawah bebayang
sabar yang tenang

Hujan sesekali melimpah
menenggelamkan sketsa mimpi
menghanyutkan keruh kelabu peribadi
ke kuala menjadi damai biru

Hujan kadangkala memenjarakan ekspedisi
hajat tertangguh di cerminan
melihat sejarah mendidik
dan menafsir kesimpulan perjuangan

oh hujan
basah dan suburmu
adalah anugrah dari cinta yang kasih

Tuesday, January 1, 2013

live my 2013. ;)

Dada terasa sempit 
konon nak jadi mat rempit 
tetapi hidup pun masih terkepit 
tersengih-sengih sehingga terserlah lesung pipit,
namun di hati masih terasa kosong 
walau di pasar borong di setiap lorong dan corong
benar tidak bohong
jangan berlagak sombong
nanti kena potong
jalan macam sotong tak pun pocong.

Tersenyum gembira macam kambing biri-biri,
wajah ceria berseri-seri
segalanya telah dinikmati
pada saban hari
namun masih belum tercapai lagi
apa yang dicari selama ini
bepura-pura berani
cuba membiasakan diri
seolah-olah tiada apa yang terjadi
namun tersembunyi jauh dari sudut dasar hati
masih mencari-cari cinta sejati lagi kekal abadi.

Tertanya pada diri sendiri
mengapa langkah kaki ini
tidak tahu kemana arah hendak pergi ke kanan atau kiri
segalanya bagaikan buta tuli
kerana tanpa rahmat dan petunjuk dari Ilahi
maka disaat itulah yakni hawa nafsu di dalam diri
dan hasutan syaitan menjadi pendamping setia di sisi
menyesatkan manusia seinci demi seinci
sehingga manusia berputus asa sanggup membunuh diri
akibat perbuatan zalim manusia itu sendiri
yang akhirnya tiada siapa yang rugi melainkan :)

Tuesday, December 25, 2012

Saudaraku Palestin

Ambillah sepasang tanganku,
untuk kau tautkan sebuah 
ukhwah,
seganding kita meranduk kebiadapan

Ambillah sebelah tanganku,
agar dapat kugenggam,
selaras keberanian
lalu kita membidik kebinatangan.

Ambillah sebelah kakiku,
untuk kau pacakkan di 
medan jihad,
sama-sama kita terjah
kebaculan binatang itu

Ambillah sekujur tubuhku,
supaya dapat kau tegakkan
tembok cinta membenteng langkah
pencerobohan itu

Ambillah sekeping hatiku,
untuk kau pacak panji-panji
perjuangan
hidup biar begalang maruah

Ambillah setangkai nyawaku,
sebagai cagaran sebuah
persaudaraan
ditebus di bumi syuhada.

Tuesday, November 13, 2012

OTAK oh Brain

Aku tanggalkan topi
Malam ini aku duduk di beranda
Bersedia membelah tengkorak
Selepas sebatang rokok ini.
Fuhh.. 

Lega menyedut racun buat aku penuh bersedia.
Lalu aku koyakkan kulit kepala.
Menggergaji tengkorak aku.
Penuh waspada otakku ambil keluar.


Sekrang otakku penuh dalam dua telapak tangan.
Darah menderas leleh.
Bila aku menjulang tinggi otakku.

Aku lepaskan, biar ia terbang
Ke tingkat - tingkat yang paling atas.
Ke lapisan ke tujuh, lapan, sembilan.
Suka hati kau lah otak.  

Jaga.
Bila kau pulang otak,
Pastikan kau otak yang baru
dan aku disini.
 
Menuggu, tidak berotak.

Saturday, October 6, 2012

Redah Sahaja..

Ada waktu, apa yang aku pilih untuk lalui, tidak bersebab. Tiada. 
Aku putuskan untuk laluinya sahaja. Redah. 

Mungkin dalam melaluinya itu, aku akan jumpa sebabnya. 
Mungkin. 

Tapi kalau sebabnya aku tak jumpa, juga.

Bermakna. 
Ia. 
Memang. 
Tidak. 
Bersebab. 

Sebab aku pilih untuk melaluinya untuk berada di sana.
Dan bukan disini. 

Jadi jangan tanyalah kenapa aku tiada di sini. 
Kerana aku pilih untuk berada disana.

Sebab?